Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan kita bahawa dalam satu jasad ada seketul daging, apabila ia rosak, akan rosaklah jasad itu tetapi apabila ia baik, maka baiklah jasad itu. Seketul daging dimaksudkan itu adalah hati. Maka, marilah kita pelihara hati kita dengan memilih makanan yang halal lagi baik agar sentiasa diberkati
dan diterima segala amal kita oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:-
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah
Kami sediakan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (S. Al-Baqarah: 172)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan